Wednesday, January 27, 2010
1.2 Sejarah Perakaunan
Sejarah perakaunan Islam melalui 3 peringkat iaitu:
1. Zaman Keagungan / Zaman Awal
(a) Zaman Rasulullah
Urusan keluar masuk wang direkodkan.
Melaksanakan kewajipan membayar zakat.
Nilai mata wang mengikut harga semasa.
(b) Zaman Umar Al Khatab
Kementerian khusus ditubuhkan untuk menguruskan hal-hal perakaunan.
Prinsip keseimbangan atau catatan bergu dipraktikkan dengan meluas dalam
pengurusan Baitulmal dengan menggunakan istilah Al-Hisab.
Penggunaan wang dinar dan dirham bertujuan mengelakkan daripada amalan
riba dan penindasan.
Peringkat awal mereka menggunakan dinar emas dan dirham perak.
(c) Zaman Umaiyyah dan Abasiah
Islam berada di puncak ketamadunan
Islam menjadi pusat rujukan ilmu pengetahuan, perluasan kuasa, kaedah
percukaian, perdagangan antarabangsa, pengurusan. Baitulmal yang menjadi
faktor kepada perkembangan perakaunan.
2. Zaman Kemerosotan
(a) Pertengahan abad ke-5 Hijrah, perpecahan empayar dan umat Islam.
Ulamak dan pemimpin berebut kuasa untuk memerintah dan saling menjatuhkan
antara satu sama lain.
Masing-masing hanya mementingkan harta sedangkan ajaran Islam sudah tidak
diambil perhatian, menyebabkan terputusnya prinsip-prinsip Islam termasuklah
perakaunan dan perekonomian.
(b) Lewat abad 18 -19M, pengaruh barat terhadap dunia Islam
Empayar Osmaniah di bawah pemerintahan Kamal Atartuk dipengaruhi Barat.
Barat melakukan perluasan kuasa khususnya ke negara-negara Islam
Barat mahu mengaut keuntungan ekonomi di negara yang dijajah.
(c) Kejatuhan Islam di tangan Barat
Zaman kebangkitan Eropah menyebabkan Islam jatuh.
Musnahnya Pusat Sumber Baitul Hikmah di Sepanyol
Harun Al-Rasyid menggalakkan kedatangan orang luar ke Baghdad.
Barat menguasai keseluruhan umat Islam dan akhirnya segala ilmu Islam telah
berpindah kepada Barat atau dimusnahkan.
3. Zaman Kebangkitan Semula
(a) Abad 20
Kebangkitan semula Islam
Pengkajian perakaunan diperhebatkan apabila masyarakat sedar akan masalah
riba yang membelenggu.
Seminar dan persidangan mula diadakan untuk memberi pendedahan tentang
pelbagai ajaran Islam khususnya dalam ekonomi.
1.1 Pendedahan Kepada Penyata Kewangan
Tugas-tugas yang dipertanggungjawab kepada pihak-pihak di bawah adalah
tertakluk kepada saiz sesuatu perniagaan.
• Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
• Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk
dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan
berkanun dan badan-badan lain.
ii) Pengurus Kewangan
• Mengurus pelaporan kewangan supaya berjalan lancar.
• Menyediakan akaun bulanan dan penyediaan laporan kepada pihak atasan.
• Menyediakan akaun tahunan.
iii) Pengurus Akaun
• Menyelenggara rekod lengkap kesemua transaksi kewangan
sesebuah perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang biasa
dengan bimbingan akauntan.
• Mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan
pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan yang lain.
• Menyediakan penyata dan laporan kewangan bagi tempoh tertentu.
• Menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan pakej
perisian komputer yang standard.
Monday, January 25, 2010
TAJUK 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Pihak yang bertanggungjawab ke atas penyediaan Penyata Kewangan
2.Sejarah Perakaunan
Perkembangan Sistem Perakaunan:
Falsafah Perakaunan Islam Dan Konvensional
Konsep Pendedahan vs Konsep Penemuan(Disclosure vs Discovery)
Falsafah Pelaporan Kos Sejarah dan Nilai Saksama(Historical dan Fair Value Reporting)
Perakaunan Sebagai Profesion:
Maksud Profesional
Akauntan Sebagai Pemimpin
Keperluan Kod Etika Profesion Perakaunan
3.Bentuk Organisasi
Pengenalan kepada: Koperasi
Perbezaan di antara:
(i) Milikan Tunggal
(ii) Perkongsian
(iii) Syarikat Berhad
(iv) Koperasi
4.Perakaunan dan Simpan Kira
Sub Bidang Perakaunan
1.Perakaunan Kewangan
2.Perakaunan Pengurusan
3.Audit
4.Percukaian
5.Sistem Maklumat Perakaunan
Persekitaran Perakaunan di Malaysia
5.Persekitaran Perakaunan di Malaysia
6.Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta Ciri Kualitatif Penyata Kewangan
7.Kitaran Perakaunan
Pengenalan Prinsip Akaun
Isi kandungan mata pelajaran Prinsip Perakaunan adalah melampaui bidang Simpan Kira yang lebih mengutamakan proses merekod urus niaga berdasarkan prosedur debit dan kredit. Melalui Prinsip Perakaunan, pelajar didedahkan kepada konsep, prinsip dan kaedah perakaunan yang diperkukuhkan dengan kemahiran merekodkan, mengklasifikasikan, mentafsir, menganalisis dan mengungkap data kewangan berdasarkan urus niaga atau peristiwa perniagaan.
Matlamat pengajaran Prinsip Perakaunan adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan melalui proses pembelajaran yang menitikberatkan aspek pemahaman rasional sesuatu perkara yang dilakukan. Justeru itu, individu berkenaan akan dapat berfikir secara logik, berupaya mengamalkan budaya kerja yang positif berasaskan sifat teliti, teratur, tekun, menepati masa, mematuhi peraturan serta dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik dalam apa juga usaha yang dijalankan. Selain dari itu individu tersebut akan berkeupayaan membuat keputusan, peka terhadap kesan-kesan keputusan itu dan bertanggungjawab serta kebertanggungjawaban.
Sumber : Buku Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan, PPK